SELANGOR FC
BERITA

CelcomDigi x Selangor Red Giants Bekerjasama Membangunkan Atlet Esports Bertaraf Dunia

Sep 05, 2024 - FAS

PETALING JAYA, 4 September 2024 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dan Selangor Red Giants (SRG), cabang esukan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC), bekerjasama bagi memajukan industri esport dan memperkasakan pemain dengan sumber yang tepat dan kemahiran untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan peribadi dan profesional mereka. Sebagai sebahagian daripada peralihan SRG dan juara dunia esports Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) daripada Yoodo*, perkongsian itu juga memperluaskan usaha untuk memberi inspirasi dan mengiktiraf bakat muda yang berpotensi dalam sukan.  

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen CelcomDigi dalam memupuk anak muda Malaysia sebagai Generasi 5G untuk menggunakan teknologi dengan kemahiran yang betul dan bertanggungjawab. Dalam kerjasama yang menarik ini, dua inisiatif utama akan dilancarkan bulan depan:

  • Kem selama dua hari untuk remaja berusia 16 hingga 17 tahun, yang bersemangat tentang MLBB untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan, dinamik pasukan dan mempromosikan budaya esport yang positif; dan 
  •  
  • Inisiatif Permainan Sihat selama sebulan untuk pelajar sekolah rendah untuk mendedahkan mereka kepada tabiat permainan yang bertanggungjawab dan kesihatan pada awalnya sambil mencetuskan minat dalam sukan. 

Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi Chan May Ling berkata, “Perkongsian ini adalah untuk membina kesinambungan dan kestabilan sebagai peralihan SRG daripada Yoodo. Peralihan ini adalah komitmen kami untuk melabur dalam masa depan dan pertumbuhan industri e-sukan di Malaysia. Kami mahu pastikan kesinambungan dan kestabilan pasukan MLBB untuk terus maju dalam industri ini. Kami mengiktiraf potensi pemain muda, dan kami bersedia untuk menyediakan platform dan bimbingan yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam industri ini. Kami komited untuk membina ekosistem yang kukuh di mana pemain boleh berkembang sebagai atlet esport bertaraf dunia mempunyai daya tahan tinggi dari segi fizikal dan mental.” 

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata, “Industri e-sukan di Malaysia merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi negara hari ini. Bermula sebagai hobi beberapa dekad lalu dalam bentuk permainan video kini berpotensi untuk bertukar menjadi kerjaya profesional. Kami percaya bahawa esport memberi inspirasi dan memperkasakan generasi pemain akan datang. Dengan sokongan rakan kongsi yang kuat dan komited seperti CelcomDigi, pemain kami boleh terus berkembang maju dengan peningkatan yang jelas dan jangkauan di kalangan anak muda Malaysia. Pada masa yang sama, kami juga mengubah naratif indusrtri esports ini, bagi menunjukkan kepada ibu bapa dan komuniti bahawa esport menawarkan peluang untuk pertumbuhan kerjaya, pembangunan dari segi cara berfikir dan kemahiran insaniah yang berguna sambil bermain permainan yang menyeronokkan.” 

  • Menggalakkan pemain muda MLBB yang bercita-cita tinggi  

Peminat esport muda boleh memohon untuk kem boot selama dua hari, yang dijadualkan diadakan pada 27-28 Oktober 2024 akan menawarkan pengalaman komprehensif yang direka bentuk untuk meningkatkan kemahiran penting, dinamik pasukan dan memupuk budaya esukan yang positif. Program ini akan merangkumi pembelajaran strategik, kepimpinan, persaingan sihat dan juga ketahanan mental bagi menyediakan peserta untuk permainan kompetitif dan memberi pendedahan kepada sektor e-sukan di Malaysia. 

Bootcamp akan memilih sehingga 30 peserta berdasarkan kedudukan MLBB mereka, dengan syarat minimum Mythical Glory 100 bintang atau lebih tinggi. Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan CelcomDigi. Antara kriteria untuk memohon termasuk berkongsi pengalaman permainan mereka dan esei ringkas atau video yang menunjukkan komitmen mereka terhadap budaya permainan yang positif. Maklumat terperinci mengenai permohonan akan diumumkan di platform rasmi Selangor Red Giants dan CelcomDigi pada 15 September 2024.

  • Menjuarai Budaya Permainan Sihat 

Inisiatif Permainan Sihat ialah usaha langsung untuk memperkenalkan karakter permainan yang bertanggungjawab di kalangan pelajar pada usia awal. Pemain SRG akan menyertai pakar untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang merangkumi kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental di sekolah rendah. Program ini akan bermula dengan dua sekolah terpilih di Selangor mulai 21 Oktober 2024 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia untuk mendidik pelajar tentang kepentingan mengimbangi masa skrin dengan aktiviti fizikal dan kesihatan mental sambil mewujudkan kesedaran tentang potensi risiko permainan berlebihan. 

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua inisiatif itu akan diumumkan dalam masa yang ditetapkan. 

*Yoodo, pengendali rangkaian maya mudah alih Malaysia milik CelcomDigi telah berhenti beroperasi pada 29 Ogos.

Demi Kebanggaan!